Isnin, 8 Disember 2014

Daripada Siti Aisyah,Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud, '' Di antara tanda-tanda kesempurnaan iman seseorang Mukmin,ada pada dua benda.Yang pertama adalah yang paling baik akhlaknya dan yang lembut dengan ahlinya.''

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu....


    Setiap sesuatu perkara dan kejadian mempunyai tanda yang sendiri.Ya,tanda.Cuba kita perhatikan,buah durian apabila hamper tiba musimnya,pokoknya mengeluarkan bau yang wangi.Bagi mereka yang pakar mengenai raja buah itu akan mengetahui bahawa itu tanda durian akan berbuah.

    Begitu juga dengan orang yang akan berkahwin.Tanda-tanda orang yang akan mendirikan rumah tangga dapat dilihat pada beberapa keadaan.Pertama,cincin pertunangan di jari menandakan bahawa dia telah ditanda oleh seseorang.Begitu juga dengan inai yang melekat di jari.Itu adalah sebagai tanda baawa hari-hari indah untuknya akan tiba tidak lama lagi.

    Banyak lagi perkara menunjukkan tanda terhadap sesuatu perkara yang akan terjadi.Hujan dan rebut yang akan melanda pasti dimulai dengan awan mendung dan guruh di langit.Kanak-kanak yang akan mencapai tahap cukup usia menunjukkan tanda-tanda perubahan suara.Begitu juga dengan wanita yang mengandung,pasti memperlihatkan seperti muntah-muntah walaupun yang mengalaminya adalah disebelah lelaki.

    Bagaimana pula halnya dengan orang yang beriman? Apakah tanda-tanda yang dapat kita kenali dan melihat nilai iman seseorang? Ia merupakan sebuah persoalan yang sebenarnya telah punya jawapan.Rasulullah telah menjawab persoalan itu dendan hadis di atas sekali gus menagkis beberapa tanggapan salah mengenai tanda-tanda kesempurnaan iman seseorang.

    Ya,ada yang bertanya adakah tanda-tanda orang yang beriman ini terletak melalui pemakaian kopiah atau serban? Atau mungkinkah terletak pada helaian jubbah yang dipakainya? Jawapannya tidak!

    Jika kita menyatakan bahawa kehebatan seseorang itu terletak pada serbanya,ia tidak mampu menandingi kehebatan orang Singh.Mereka lebih hebat mempertahankan serban yang dipakai termasuklah ketika menungang motosikal.Malah ketika turun hujan,ada di antara mereka yang mengambil plastic untuk melindungi serban.Ia menandakan betapa kuatnya mereka mempertahankan serban.

    Kalau kata jubbah yang dipakai menjadi lambing kekuatan iman seseorang,sami siam lagi kuat.Siang malam 24 jam,jubahnya tidak bertukar.Beg yang dipakainya pula biasa-biasa sahaja.Jika pemakaian jubah dikaitkan dengan zuhud,barangkali mereka lebih zuhud.Jadi,apakah benar tanggapan bahawa tanda-tanda kesempurnaan iman seseorang itu terletak pada pakainnya? Sudah tentu tidak! Rasullullah menyatakan bahawa kesempurnaan iman seseorang itu terletak pada dua pekara.Manakala dua pekara itu berkaitan dengan kemanusiaan.Ya,kedua-dua pekara itu terletak pada akhlak dan yang berlemah lembut dengan ahlinya(keluarga)

    Namun,akhlak yang bagaimana? Lemah lembut kepada ahlinyayang bagaimana dikatakan Rasulllullah? Teruskanlah membaca.....




Akhlak Adalah Cerminan Iman


    Tanda-tanda seorang mukmin yang sempurna iman terletak pada manusia yang baik akhlaknya.Itulah aras ukuran yang diletakkan oleh Rasullullah.Ia amat berkait dengan perangai,tatasusila dan kesopan diri.

    Akhlak menjadi prasyarat yang penting untuk menunjukkan kita ini manusia terbaik.Namun,apabila menyebut mengenai akhlak,ia menuntut agar kita memahami akhlak siapa dan bagaimana yang perlu kita contohi.Terdapat pelbagai ragam manusia di dunia ini dan masing-masing mempunyai akhlak tersendiri.

    Kita sering menyatakan bahawa orang Jepun mempunyai akhlak yang bagus.Orang Eropah dan Arab juga mempunyai akhlak yang baik.Masing-masing mempunyai teladan akhlak yang baik.Namun,akhlak siapakah yang paling bagus dan tepat?

    Benar.tidak lain dan bukan adalah akhlak Rasullullah.Ia juga menepati tujuan mengapa Rasullullah diutuskan kepada umat manusia untuk menyempurnakan akhlak.Maka menjadi sesuatu yang menarik untuk kita melakukan penghijrahan budaya dan akhlak kepada akhlak yang baru.Ia menarik kita agar meninggalkan akhlak yang tidak berasaskan akhlak Rasullullah.Mungkin penghijrahan atau perubahan akhlak itu kelihatan kecil.Tapi percayalah.....ia akan membawa manfaat yang cukup besar.



Akhlak Datang Dari Wajah


Kita bertanya,akhlak itu datang dari berapa cabang? Jawapannya adalah tiga.Yang pertama datangnya dari wajah.Kedua datangnya dari tutur kata.Ya,wajah menjadi syarat pertama kepada tanda keindahan akhlak seseorang mukmin.Bahkan ia turut ditonjolkan Rasullulluah kepada kita sebagai teladan.

    Wajah Rasulullah digambarkan penuh berseri-seri.Dalam qasidah dan berzanji,kita sering mendengar kata-kata itu bagi mengambarkan bahawa Rasulullah memiliki wajah yang ceria bersinar-sinar.Malah diwajah itu juga,ia turut menggambarkan keagungan dan kewibawaan Rasulullah sebagai Kekasih Allah.Apa-apa pun,paling penting sekali ialah menjags tingkah laku dan perkerti mulia.Maksudnya,jika sekadar wajah cantik berseri dan senyum sentiasa tetapi maruah diri tidak dijaga sebaiknya,tidak membawa erti juga.